Friday, July 1, 2011

manusia berbeza

selamat pagi.

dah lama tak update blog. bila nak update je delete semua older post sebab bosan. bosan ke? T__T
sekarang untuk first entry kita tak tahu nak cerita apa. tak kan kita nak cakap pasal macam mana rumah jiran kita kena pecah masuk then kena curi bra and perompak makan semua makanan dalam rumah -__- tak kan kita nak cakap macam mana kita asyik nak gaduh dengan orang sebab muka stress muka kita dah gemuk and teringat zaman tae won do dulu. ok tak de kena mengena -__- tak kan kita nak cakap macam mana cuti kita spend dengan main teka teki bodoh dengan adik adik kita -__- tak kan kita nak kena cerita pasal kita busy buat assignment padahal eh bukan baru awal sem ke? mana ada apa apa sangat nak buat amboi kemaen menipu sekarang kan. ok post blog kita untuk hari jumaat yang mulia, kita bukan lagi nak kecam orang, kita bukan nak kena hina orang, kita bukan nak mengata orang. kenapa kita kena hina orang kecam orang mengata orang segala kalau kita pun tak perfect mana. kenapa bila jalan dekat mall then ternampak orang then nak cakap orang tu buruk? kita tak tahu ke pandangan orang dekat kita. kita dah rasa kita nie perfect sangat ke sampai kena hina orang yang tak buat salah apa apa pun. nahh cermin! dulu saya pun selalu keji orang nie keji orang tu tapi well people change. kita boleh bangga dengan diri kita, i do. tapi tak perlu kut sampai nak rendah rendah kan orang lain. kita jangan rasa kita nie hebat sangat sampai setiap hari kita perlu cerita pasal kita ini kita itu. kita macam nie kita macam tu. orang nie bajet tu orang nie bajet nie. eeeee serius penat!